Jumaat, 22 November 2013

'Pemuda Bertemu Pemuda' Bersama Ketua Pemuda Kuala Langat @cq_rain




Berikut adalah ketetapan jadual saya untuk memudahkan sebarang urusan sahabat handai & rakan taulan saya.

Isnin-Rabu : Tingkat 29, Bahagian Pengurusan Analisis Maklumat (BPAM) (CMS), Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia, Presint 4, Putrajaya.

Khamis-Sabtu : Tingkat 2, Pejabat Pemuda, Bangunan UMNO Bahagian Kuala Langat, Pusat Perdagangan Banting.


Jefrizal Mohd Jaafar
Ketua Pemuda Kuala Langat

Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Langat Sesi 2013-2016



Alhamdulillah selesai sudah Pemilihan UMNO 2013 yang mana Mantan Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat telah dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Manakala bagi kepimpinan Pemuda UMNO Kuala Langat, berikut adalah mereka yang telah diberi tanggungjawab dan amanah :


Pengerusi Tetap : Abdul Razak Latif

Timbalan Pengerusi Tetap : Salleh Kasim

Ketua Pemuda : Jefrizal Mohd Jaafar

Naib Ketua Pemuda : Ryzal Hatta Sidek

Penolong Setiausaha : Shahrizan Kamarudin

Ketua Penerangan : Mohd Reza Hj Rokman

Penolong Bendahari : Amiruddin Seman

Ketua Putera : Zaifudin Kadir

Setiausaha Kerja : Maulana Mohd Ariff

AJK : 
  1. Zaki Sanawi
  2. Mohd Ali Hasan
  3. Yahya Sidin
  4. Mohd Haidir Bokhari
  5. Syahrul Nizam Mohd Muksin
  6. Mohd Al Hafizi Abu Bakar
  7. Mohd Asri Iskandar
  8. Mohd Azhari Hj Omar
  9. Sadeli Salatin
  10. Abd Rahman Wiji
  11. Shahrul Tahiri
  12. Ibrahim Baharom
  13. Yusaini Mohd Taslim
  14. Mohd Fared Saadon
  15. Amirudin Omar
  16. Fuad Munawir
  17. Mohd Nizam Mohd Nor
  18. Sahrom Sabudin
InysaAllah dengan amanah yang diberikan Pemuda UMNO Kuala Langat akan Bangkit mempertahankan perjuangan agama, bangsa dan negara.

Rabu, 31 Julai 2013

The New Village & Guru Besar SK Sri Pristina


KENYATAAN RASMI

SAUDARA ZURIHAN BIN YUSOP
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA LANGAT


Saya, mewakili sayap parti UMNO Bahagian Kuala Langat, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat dan seluruh cawangan dalam bahagian Kuala Langat ingin menzahirkan perasaan kami kepada dua perkara utama yang menjadi polemik rakyat Malaysia beberapa hari kebelakangan ini.


PERTAMA adalah berkenaan ISU FILEM KONTROVERSI “THE NEW VILLAGE”

1. Kami menyokong saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Sdra Khairy Jamaluddin baru-baru ini dalam satu program Ihya Ramadan Parlimen Tapah dan dilaporkan oleh BERNAMA bahawa kelulusan penayangan filem tersebut oleh mana-mana agensi yang berkaitan dengannya termasuklah FINAS dan LPF hendaklah ‘dibekukan’ serta-merta kerana terdapatnya unsur-unsur mengagungkan perjuangan komunis sewaktu menuntut kebebasan Semenanjung Tanah Melayu dari penjajahan Jepun mahu pun British.

2. Walau pun tayangan berbentuk ‘treler’ yang disiarkan dalam media sosial Youtube berdurasi 2:20, ia jelas membawa mesej yang salah terutama kepada pemahaman minda anak muda tentang sejarah Negara.

3. Hakikat yang tidak boleh ditolak sama sekali adalah sifat pengganas komunis yang beroperasi bukan sekadar menuntut kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu dari penjajah asing, namun mereka terus beroperasi setelah Negara mencapai kemerdekaan tanggal 31 Ogos 1957.

4. Komunis terus menghuni hutan belantara Malaysia dan kerap melakukan serangan berbentuk gerila serta membunuh ramai anggota keselamatan Negara hingga Tugu Peringatan Negara didirikan bagi mengingati pejuang-pejuang Negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan Tanahair kita. 

5. Lebih dari itu, sejarah turut melakar keganasan-keganasan terlampau komunis bukan sahaja terhadap anggota keselamatan bahkan penduduk di pinggir desa berhampiran hutan rimba – ia adalah lipatan sejarah yang tidak boleh dinafikan.

6. Justeru, kami Pemuda Kuala Langat menyokong sepenuhnya tindakan YB Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia yang menarik balik keputusan LPF pada tahun 2012 untuk semakan dan kajian semula secara terperinci.

7. Kami turut mendesak Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membuka semula fail satu lagi filem kontroversi bertajuk “Tanda Putera” arahan Suhaimi Baba yang mendapat layanan tidak adil atau “double standard” hanya kerana bantahan segelintir pihak yang berkepentingan politik kononnya ia mencalar imej sebuah parti pembangkang serta pemimpin utamanya sedangkan filem tersebut turut dimaklumkan telah membuat ulangkaji yang mendalam sewaktu menerbitkannya.

8. Filem “Tanda Putera” turut menelan kos yang tinggi iaitu sebanyak RM4.1 juta dan ‘pembekuan’ filem tersebut dari ditayangkan merupakan satu penganiayaan terhadap pengarah dan penerbit filem berbangsa Melayu itu.




KEDUA adalah berkaitan guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristina, “ENCIK MOHAMAD NASIR MOHD NOR”

1. Dalam kontroversi tuduhan terhadap Mohamad Nasir Mohd Nor yang difitnah mengarahkan murid-murid bukan beragama Islam mengguna pakai tandas sebagai tempat makan bagi menggantikan kantin sekolah yang ditutup kerana masalah tertentu, kami Pemuda Kuala Langat menggesa agar pihak-pihak berwajib termasuk kementerian berkaitan iaitu Kementerian Pelajaran & Pendidikan Tinggi Malaysia serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan terperinci dan menghukum penyebar asal fitnah yang mendakwa bilik tersebut adalah tandas sedangkan ia bukanlah sebagaimana yang didakwa.

2. Bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, YB Dato’ Sri Haji Noh Omar siasatan hendaklah termasuk dalam aspek berbaur hasutan yang mencetuskan satu lagi polemik politik rasis dalam kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

3. Ia kelihatan diambil sebagai satu batu loncatan oleh pihak-pihak tertentu kononnya Mohamad Nasir bersifat rasis sedangkan pencetusnya adalah pihak lain yang tidak bertanggung jawab menjaga keamanan dan kedamaian tanahair.

4. Dengan itu, kami turut menyokong Mohamad Nasir Mohd Nor selaku guru besar sekolah terbabit yang berbangsa Melayu dan beragama Islam tertindas akibat permasalahan teknikal sekolah dan menolak beliau dari dihukum dari apa juga bentuk hukuman termasuk “HUKUMAN PERSEPSI YANG SALAH” dilakukan oleh masyarakat luar yang tidak bertanggung jawab cuba melaga-lagakan seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam pula.

5. Kami menggesa pihak-pihak berwajib menyelesaikan perkara berkaitan Mohamad Nasir Mohd Nor dengan penyelesaian yang baik tanpa dipolitikkan dengan politik murahan pihak yang tidak bertanggung jawab sebagaimana kami gambarkan di atas.

Sekian, terima kasih.

ZURIHAN BIN YUSOP
(30 Julai 2013)