Isnin, 28 November 2011

Archive #10 - Facebook Pemuda Kuala Langat

HARBI atau ZAMNI? atau 'AHDI? Atau apakah?

by Pemuda Kuala Langat on Friday, 27 August 2010 at 03:43

1. Seperti malam-malam lazim, browsing dan updating facebook menjadi hobi yang mesti. Sewaktu scrolling news feed terbacalah oleh kami satu tajuk rakan facebook seperti yang berikut:-

"Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato' Seri Dr Zahid Hamidi didakwa bimbang kelangsungan pengaruh politik di negeri itu berkurangan jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memeluk agama Islam".

Rujukan: http://www.facebook.com/profile.php?id=1654878250&v=wall&story_fbid=155769184437684

2. Yang menariknya, pandangan tersebut dilemparkan oleh seorang yang berkait rapat dengan Harakah dan mungkin menjadi orang penting di dalam makalah rasmi sebuah parti yang terkenal dengan Islamiknya.

Rujukan: http://www.facebook.com/profile.php?id=1654878250&v=wall&story_fbid=155769184437684#!/profile.php?id=1654878250&v=info

3. Oleh kerana kemusyikalan adalah melibatkan akidah serta kesucian agama Islam itu sendiri, maka bertanyalah kami kepada beliau seperti berikut:-

************************************************************

Tarmizi Mohd Jam : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato' Seri Dr Zahid Hamidi didakwa bimbang kelangsungan pengaruh politik di negeri itu berkurangan jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memeluk agama Islam

22 hours ago · Comment · Like Unlike

5 people like this.

Tarmizi Mohd Jam: Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki berkata pengaruh Pakatan Rakyat dibawah kepimpinan Lim Guan Eng yang kini semakin menebal di Pulau Pinang menjadi ketakutan Zahid dan Umno.

22 hours ago · Like Unlike

Tarmizi Mohd Jam: Menurutnya, Umno akan mengalami masalah sekiranya Setiausaha Agung DAP itu berminat kepada Islam dan beliau mendakwa keadilan Islam akan lebih menyerlah setelah Lim bergelar muslim.

22 hours ago · Like Unlike

Tarmizi Mohd Jam: "Kenyataan Zahid terhadap isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang hanya memperlihatkan kedangkalan dan kejahilannya. Zahid bukan sahaja berbohong malahan sengaja menimbulkan provokasi jahat bagi menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap Lim Guan Eng," tegasnya.

22 hours ago · Like Unlike

Tarmizi Mohd Jam: Zahid juga ujarnya menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri membenarkan atau mengarahkan Khutbah Jumaat di masjid-masjid seluruh Pulau Pinang mendoakan kesejahteraan kepada Lim Guan Eng dan membuang doa untuk Yang Dipertua Agung.

22 hours ago · Like Unlike

Tarmizi Mohd Jam: "Inilah kenyataan jahat dan bahaya dari seorang menteri yang bermentaliti rendah. Orang yang bermentaliti rendah sering mengambil kesempatan dan memutarbelitkan isu untuk kepentingan politik murahannya," katanya lagi.

22 hours ago · Like Unlike

Mashar Mokhtar: alhamdulillah..semoga LGE mendapat taufik & hidayah dari Allah swt dan berdoa agar LGE menjadi mursyidal am Pas suatu hari nanti.. Pas for all !...

22 hours ago · Like Unlike

Pemuda Kuala Langat: subhanallah. walaa'antum abiduu nama a'bud?... lakum diinukum waliyaddiin.

22 hours ago · Like Unlike

Azlan Suhaimi: keterbasan Islam ngan org kafir tetap ada. Dalam alquran dah jelas kita perlu sentiasa bersiap sedia dengan ketenteraan dan sebagainya untuk menghadapi org kafir. Pepatah ada mengatakan: Kuman seberang laut kita nampak gajah depan mata tak nampak. Kita tak payah doa2 kan, kita sampaikah je risalah Islam kepadaNya. Lain-lain tu Allah yang menentukan. JIka ikhlas... adalah. Jika baca al-quran nak pancing undi jadi umpama orang-orang kafir dalam awalan surah albaqarah.

22 hours ago · Like Unlike

Amin Saedi: Persoalannya ialah mereka yg mengaku Islam, tetapi sebenarnya mereka adalah kaum Munafiqin, mereka menyembunyikan kekufuran mereka. Dalam hati, mereka sebenarnya bencikan Islam dan ummat Islam. Allah akan menzahirkan sifat nifaq mereka itu.... Kita disuruh menyampaikan Islam kepada semua manusia, tidak terbatas kepada mereka yg Islam sahaja, kepada semua manusia. Yang dipanggil Islam itu ialah mereka yg mempercayainya setulus hati dan patuh dan akur kepada semua hukum dan peraturan, dan tidak berburuk sangka terhadap Allah swt dan Rasul-Nya saw. Orang Islam yg sebenar itu tidak memilikki sifat nifaq di dalam hati mereka. Wassalam.

20 hours ago · Like Unlike

Pemuda Umno Labis: TMJ. " didakwa " siapa yang dakwa.. statement ke fitnah ,...

17 hours ago · Like Unlike

Tarmizi Mohd Jam: inilah juga doa yang pernah nabi pohonkan kepada penduduk Thaif sewaktu mereka mengusir Rasulullah SAW dengan cara yang sangat kasar dan biadab dari negerinya: "Ya Allah, berilah mereka petunjuk, sesungguhnya mereka ini kaum yang tidak mengetahui".

15 hours ago · Like Unlike

Tarmizi Mohd Jam: Rasulullah SAW juga pernah berdoa agar salah satu dari pemuka Quraisy yang terkenal dengan kezaliman terhadap sahabat-sahabatnya mendapat hidayah.

15 hours ago · Like Unlike

Tarmizi Mohd Jam: Rasulullah SAW pernah berdoa; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" - Hadtih riwayat At-Thabarani.

15 hours ago · Like Unlike

Tarmizi Mohd Jam: dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa: "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab."

15 hours ago · Like Unlike

Tarmizi Mohd Jam: jika doa tersebut yang dibaca oleh khatib dan diaminkan oleh para jamaah yang ramai, maka ia tidak menjadi sebarang kesalahan dan kesilapan.

15 hours ago · Like Unlike

Tarmizi Mohd Jam: Kita sepatutnya mengaminkan doa khatib tersebut agar Lim Guan Eng menerima Islam supaya dengan Islamnya beliau, umat Islam di Pulau Pinang akan bertambah kuat dan terpelihara kepentingan dan kebajikannya.

15 hours ago · Like Unlike

Pemuda Kuala Langat: dan bagaimana jika agendanya sebaliknya? LGE juga merupakan pengikut ajaran kristian yg kuat dgn anugerah father st. joseph yg baru diterimanya? dan yg terpenting hanyalah bagi mendapatkan sokongan atau undi muslimin supaya terus kekal berkuasa? dan apakah hukumnya pemerintahan oleh seorang kafir bagi umat muslim?

15 hours ago · Like Unlike

Tarmizi Mohd Jam: ohhh kalu itu PKL kena tanyalah juak2 Umno dan segala ulamanya semasa Tsu Koon tadbir Penang dulu bersama Umno tu? Baru dapat jawapannya.

15 hours ago · Like Unlike

Pemuda Kuala Langat: secara peribadi, jika saudara baca semula, ada 2 perkara dalam pertanyaan kami yg menjadi tanda tanya:-

i. berkait soal agama dan dakwah

ii. hukum

namun, kedua-duanya terkait pada peristiwa yg menjadi syahadah.... katakanlah, ianya usaha PAS utk berdakwah dgn memberi ruang bagi mereka merapati Islam (menjemput serta menghadirkan diri pada majlis-majlis keagamaan Islam), tetapi keterangan itu bercanggah bilamana menduduk letakkan mereka ditempat utama sebagai pemimpin atau pemerintah (khalifah).

pada pandangan peribadi kami (tanpa mengaitkan dgn mana-mana nama pucuk pimpinan tertinggi "juak" UMNO), meletakkan Koh Tsu Koon mewakili pemerintah tertinggi (ulil'amr) yg mana perlembagaan BN menyebut Pengerusinya adalah dari parti UMNO yg otomatis adalah Melayu-Muslim adalah menepati kehendak syariat dan ini kekurangan yg ada pada PR kerana perikatan mereka adalah secara consensus yg meletakkan setiap ketua partinya adalah sama level.

keterangan itu seterusnya dikuatkan dgn "tindak tanduk" khatib yg mengenepikan terus nama ulil'amr tertinggi negeri bahkan negara iaitu DYMM YDP Agong.

bagaimanakah?

15 hours ago · Like Unlike

Pemuda Kuala Langat: *tambahan: khatib mengenepikan ulil'amr dalam tradisi mendoakan kepimpinan Islam tertinggi negeri & negara, yakni DYMM YDP Agong sebaliknya meletakkan hanya khalifah yg "bukan pun Islam".

15 hours ago · Like Unlike

Azlan Suhaimi: Ana masih berpegang kepada berdakwah dalam pendekatan yang bijaksana. tidak lah berprinsip membujur lalu melintang patah sampai mengeruhkan ukhwah islamiah. lagipun setiap umat islam tidak sama pemahaman, ilmu dan imannya. tapi apa yang berlaku ombak yang menghempas pantai menyebabkan ramai yang kufur.

13 hours ago · Like Unlike

Mashar Mokhtar: Tu doa rasulullah..wahai saudara ku ahli syurga yg mengkafirkan umno..tolong buktikan dlm mana mana khutbah jumaat rasullah mendoakan pemimpin kafir utk di beri kesejateraan ?.. Kalau ada ayuh kita masuk pas kerana pas boleh mengkafirkan org umno dan mendoakan org kafir !!!

13 hours ago · Like Unlike

Ahmad Jaafar Yahaya: Ni kes terlalu dengarkan nasihat APCO le ni, sampai hak mendpt hidayah pun nak jadikan hak eksklusif bangsa - memang sama dgn fahaman yahudi!Wahai sdr UMNO ku, org Islam ni byk jenis, - ada muttaqin, ada mukminin, ada muslimin, ada jenis ku...furun dan ada gak munafiqun! Soal sdr dan kami dalam kategori mana itu hak Allah! Sesiapa ikut Al Quran & sunnah insyaallah dijln yg benar! Sesiapa yg mempersendakan, tunggulah saatnya kerana di dalam nereka yg terkebawah adalah dikhaskan utk org islam kategori munafiq!

12 hours ago · Like Unlike

Ahmad Jaafar Yahaya: Wahai sdr UMNO ku, org Islam ni byk jenis, - ada muttaqin, ada mukminin, ada muslimin, ada jenis ku...furun dan ada gak munafiqun! Soal sdr dan kami dalam kategori mana itu hak Allah! Sesiapa ikut Al Quran & sunnah insyaallah dijln yg benar!

11 hours ago · Like Unlike

Ahmad Jaafar Yahaya: Sesiapa yg mempersendakan, tunggulah saatnya kerana di dalam nereka yg terkebawah adalah dikhaskan utk org islam kategori munafiq!

11 hours ago · Like Unlike

Al Mankaraqi: cerdiknya komen puak2 umno ni.......... patut kat pahang berlambak sarang maksiat beroperasi semasa bulan Ramadhan. Hidup MIC!

50 minutes ago · Like Unlike

************************************************************

4. Setelah soalan kami yang terakhir dimajukan kepada saudara seagamaku tersebut, maka tiadalah ianya berjawab melainkan jawapan-jawapan dari pihak ketiga. Dengan sabar kami menunggu hingga detik jam 12 tengah malam sebentar tadi. Setelah tiada jawapan diberikan, maka nukilan ini pun ditintakan.

5. Sebenarnya, pada firasat kami bahawa beliau tahu apa yang kami tahu, sudah pasti jika apa yang kami tahu tiada kebenarannya, beliau akan melanjutkan diskusi tersebut untuk meyakinkan serta menegakkan kebenaran.

WAHAI SAUDARA SEAGAMAKU DI LUAR SANA, YANG MANAKAH SEBENARNYA LIM GUAN ENG? HARBI, ZAMNI, 'AHDI? ATAU APAKAH? PAKATAN RAKYAT W.A.J.I.B. MENJELASKAN KEPADA JUTAAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

Wallahua'lam bissawab

rujuk juga: http://www.facebook.com/note.php?note_id=488478555298


Elizabeth Wong dalam satu ceramah sewaktu pilihanraya kecil tidak lama dahulu.


Perlembagaan BN adalah jelas. Bagaimana pula dengan duduk letak parti-parti yang menjadi perikatan PR?

Kontroversi tebaru Ahli Parlimen Serdang di sebuah surau di Kajang pada Ramadhan yang mulia ini.

lanjutan dari di atas.


Dr Jayakumar Xavier, pencetus awal tradisi memasuki masjid/surau untuk menarik undi pengundi muslim.


terkenal dengan gelaran ustaz Gobala kerana sungguh lancar memetik ayat suci al_Furqan bagi menarik perhatian pengundi muslim.

Ustaz Nga yang punyai modus operandi yang sama dengan Gobala.

DAP juga turut memancing undi umat Islam dengan penganjuran program-program KEMASLAHATAN MUSLIM & ISLAM bagi memecahkan blok kesucian Islam?

Surah Al_Kafirun ayat 1-6.


Peringatan oleh Allah swt yang sangat jelas memberi amaran kepada kaum muslimin.

0 comments: