Selasa, 29 November 2011

Archive #15 - Facebook Pemuda Kuala Langat

1 to 1

by Pemuda Kuala Langat on Tuesday, 17 November 2009 at 01:18


Penasihat De Facto Parti KeAdilan Rakyat merangkap Ketua Pembangkang dalam Dewan
Parlimen Malaysia merangkap PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR.



Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR


Apabila Tan Sri Khalid Ibrahim menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, terdetik di dalam pemikiran dan hati kami persoalan "Kenapa Selangor?".

Kita maklum akan hubungan baik TS Khalid Ibrahim dan DS Anwar Ibrahim. Hubungan ini bolehlah dikatakan sebagai 'tuan' dan 'khadam' yakni apa juga arahan mahupun kehendak DS Anwar Ibrahim tidak sekali-kali akan dibantah atau disanggah oleh TS Khalid Ibrahim. Apakah kita pejuang UMNO sudah lupa bagaimana DS Anwar Ibrahim menggunakan DS Zahid Hamidi sewaktu DS Zahid Hamidi memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia (alhamdulillah, DS Zahid Hamidi seorang yang tabah serta sentiasa berjiwakan UMNO)? Begitulah pandangan peribadi kami menonton episod DS Anwar Ibrahim dan TS Khalid Ibrahim (lucunya di sini kedua-dua pemimpin tersebut berkongsikan 'bin' yang sama).

Ada rakan bloggers (mahupun FB) yang membentuk teori bahawasanya perlantikan DS Anwar Ibrahim tersebut (dengan gimik 'elaun tetap RM1') tidak lain tidak bukan untuk sekali lagi mengalihkan (divert) tumpuan rakyat daripada episod mahkamah terhadap perbuatan jenayah liwat DS Anwar Ibrahim.

Dan kedapatan teori yang mengatakan kedudukan DS Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi adalah bagi memberi laluan masuk pelabur-pelabur asing dalam ekonomi Negeri Selangor yang kelihatan tenat setelah terdapat suara yang mengatakan bahawa TS Khalid Ibrahim gagal membangunkan Selangor dan sekaligus gagal menaikkan dana kewangan negeri tersebut hingga ke paras yang terendah dibandingkan dengan pentadbiran negeri di bawah Menteri-Menteri Besar terdahulu terutamanya dari Barisan Nasional.

Tidak kurang teori yang mengatakan kemasukan DS Anwar Ibrahim itu adalah bagi merealisasikan agenda pengukuhan kedudukan Azmin Ali yang dilihat begitu berminat untuk menggantikan TS Khalid Ibrahim selaku peneraju utama Kerajaan Negeri Selangor.

Kebarangkalian teori-teori di atas dengan hujah serta fakta terkumpul para bloggers (mahupun FB) adalah tidak dinafikan. Kebarangkalian demi kebarangkalian boleh menjadi benar.

Justeru, kami juga berpandangan kemasukan DS Anwar Ibrahim secara rasmi selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bukanlah satu 'gimik murahan' semata melainkan terdapat 'sesuatu' yang tidak dapat dilihat atau dikesan oleh 'mata-kasar' kita.

Sebagai anak jati Selangor serta tahu akan perkembangan dalaman Negeri Selangor, kami (secara peribadi) berpendapat bahawa sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat adalah dalam keadaan yang 'sangat teruk' serta 'kucar-kacir' kerana 'perkahwinan PKR-PAS-DAP' yang tidak sefahaman seawal mereka melangsungkan 'perkahwinan' tersebut. Dengan kesan pergeseran yang kuat antara 'orang' PKR sesama PKR, 'orang' PAS dan DAP, 'orang' PAS sesama PAS sendiri, serta permainan polisi pentadbiran yang tidak selari antara kehendak DAP, kehendak PAS serta kehendak PKR terutama para EXCO-nya yang gagal dikawal dengan baik oleh TS Khalid Ibrahim, memaksa campurtangan secara langsung oleh DS Anwar Ibrahim. Kes Dr. Hassan Ali harus ditangani. Begitu juga dengan kes Khalid Samad mahupun kes berprofil tinggi Ronnie Liu perlu ditangani segera. Ini tidak termasuk kes Badrul Hisham yang mengeluarkan dirinya sendiri dari menjadi YB Pakatan Rakyat dan kini berstatuskan bebas.

Apa yang menariknya, sama ada secara langsung mahupun tidak, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor ini diduduki sendiri oleh Presiden parti merangkap Perdana Menteri Malaysia, YAB DS Najib Tun Razak.

Maka apabila DS Anwar Ibrahim mengisytiharkan perang ke atas DS Najib, kami Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Langat sudah dapat meneka apakah yang dirisaukan oleh DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang merangkap penasihat utama dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ianya adalah pertarungan "1 TO 1" (ironinya DS Najib sinonim dengan 1Malaysia manakala DS Anwar Ibrahim sinonim dengan RM1).

Untuk itu, kami sebagai pejuang muda UMNO dengan rendah dirinya MEMOHON kepada para pemimpin seluruh bahagian UMNO dalam Negeri Selangor (termasuk 4 sayapnya) agar lebih peka serta bekerja keras membantu Presiden kita dalam memastikan agenda untuk menawan semula Selangor dalam PRU-13 kelak tidak akan hanya berputih mata.

Sama-samalah kita ingat-mengingati, memberikan tumpuan serta bekerja sebagai satu pasukan ataupun jentera. Mudah-mudahan perjuangan kita dirahmati lagi diberkati, Insya-Allah.

Wallahuaklam bissawab.

0 comments: