Selasa, 29 November 2011

Archive #14 - Facebook Pemuda Kuala Langat

BTN PUSAT DOKTRINISASI?

by Pemuda Kuala Langat on Friday, 27 November 2009 at 15:32



Kami cuba menyelami NOTIS ARAHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR yang mengharamkan institusi-institusi tertentu dari menghadiri apa-apa program motivasi yang melibatkan kem-kem Biro Tatanegara (BTN) seluruh Malaysia.

Dan lebih dari itu, kami juga cuba mendasari alasan yang diberikan oleh Exco Pendidikan dan Modal Insan kerajaan negeri Selangor, Dr. Halimah Ali.

Dan untuk tidak lebih prejudis, kami membaca setiap perenggan dalam ruangan berita akhbar perdana dan akhbar pro-pembangkang.

AKHIRNYA, kami tidak mahu memeningkan kepala melainkan mengambil kesimpulan yang amat mudah. Apabila sesuatu perkara yang dilakukan oleh kerajaan tidak menguntungkan pihak pembangkang (dari segi politik milege-nya) maka pelbagai alasan dan hentaman yang akan diberikan oleh mereka dan ini adalah resam dalam berpolitik.

Tetapi, jangan hairan jika kes-kes seperti Nawamee akan semakin hari semakin bertambah kerana nilai-nilai cinta dan sayangkan negara beransur luntur dari jiwa golongan muda terutamanya. Jika PLKN mampu mengikis kuman atau virus bencikan negara sendiri, BTN adalah makjun atau antibiotik kepada sindrom Nawamee.

UNTUK MERINGKASKAN CORETAN, adalah kami menyarankan agar pihak BTN MENJEMPUT SECARA RASMI PARA PEMIMPIN UTAMA PKR, PAS & DAP menghadiri serta mengikuti kursus BTN tersebut dan seterusnya merasai serta menjiwai sendiri modul yang dibawa oleh BTN.

Terutamanya DAP, mereka mesti pertamanya, merasai dan keduanya, menjiwai program ini sebelum melontarkan pelbagai tohmahan dan cercaan kerana TUDUHAN BTN SEBAGAI PUSAT MENDOKTRINISASI PERKAUMAN (ke-Melayu-an?) adalah suatu tuduhan yang sangat berat dan bersifat HASUTAN.

BERANIKAH SAHUT CABARAN?

0 comments: