Selasa, 29 November 2011

Archive #22 - Facebook Pemuda Kuala Langat

ISU MORAL YANG DIPERTAHANKAN: SIAPA ADA CIRI-CIRI MUNAFIK?

by Pemuda Kuala Langat on Thursday, 8 October 2009 at 04:41






Semua maklum apabila Y.Bhg. Datuk Chua Soi Lek didapati bersalah atas kesalahan moralnya, beliau bersikap gentleman dan tidak mahu membebankan BARISAN NASIONAL dengan mengambil pendekatan meletakkan semua jawatannya terutama jawatan di dalam kabinet kerajaan tanpa perlu menunggu apa-apa isayarat dari Perdana Menteri dan Pengerusi BN pada masa itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ini selari dengan amalan kerajaan hendaklah dianggap dan kelihatan bersih. Kenaikkan semula Datuk Chua Soi Lek menunjukkan bahawa dia telah dimaafkan oleh penyokongnya dan rakyat sendiri.

Di dalam perihal YB Elizabeth Wong, walaupun beliau mahu meletakkan jawatannya kerana tahu salah laku moralnya bersekudukan dengan lelaki Melayu (bekas teman lelakinya) hingga angkara cemburu membuatkan penyebaran gambar-gambar tidak senonohnya tetapi para pemimpin PAKATAN RAKYAT tetap mempertahankan moralnya itu dengan tidak membenarkan beliau meletakkan jawatan. Inilah pemimpin-pemimpin yang mempertahankan perilaku salah-laku-moral.

Siapa yang lebih BERSIFAT MUNAFIK?

0 comments: