PKR ADALAH PARTI SAMPAH - Kebetulan atau dirancang?
"Karma" adalah putaran atau kitaran hidup yang sangat dipercayai oleh terutamanya penganut Hinduisme serta Buddha.
Bukan perkara yang baru bahawa gerakan erdogan di dalam PAS hingga menimbulkan keresahan ahli-ahli akar umbinya tehadap perpecahan pucuk pimpinan terutama berkaitan ideologi perjuangan asal mereka didakwa didalangi oleh Anwar Ibrahim.
Tidak lama dahulu, Jeff Ooi pernah melabelkan PKR sebagai PARTI SAMPAH SARAP.
rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
rujukan: http://www.malaysiakini.com/news/123694
Maka tidak mustahil, gerakan yang sama dilakukan oleh DAP untuk meletakkan ahli-ahli yang tidak mendapat tempat dalam DAP untuk memasuki PKR seterusnya mengambil tempat dalam cabang-cabangnya dan melakukan kawalan secara tidak langsung akan pergerakan parti PKR tersebut. Jika benarlah teori ini, maka DAP akan menjadi champion & king dalam perikatan Pakatan Rakyat.
Kecundangnya satu demi satu tokoh yang dianggap 'panglima' kepada Anwar dalam pemilihan PKR baru-baru ini dilihat sebagai 'sesuatu' dan sangat mengejutkan. Adakah ini merupakan 'karma' kerana perbuatan yang sama Anwar lakukan terhadap PAS?
0 comments:
Catat Ulasan