"LOOK WHO'S TALKING!"
Tidakkah kita terasa hairan bila kita tegur, kita kembali ditegur.. bila marah, kita kembali dimarah.. bila kita mengusik, kita kembali diusik? Namun dalam kehidupan seharian, perkara seumpama di atas amatlah biasa kita alami.
http://www.facebook.com/notes/dewan-muslimat-selangor/umno-perkudakan-islam-untuk-kepentingan-politik-mesej-khas-untuk-bukan-penyokong/127505297300851
adalah satu contoh yang baik ilustrasi kepada maksud perenggan pertama tulisan kami.
Sewajarnya, sebagai wakil Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor yang berwibawa dalam melontarkan pandangan dan kritikan menjawab terlebih dahulu "KEMANAKAH PERGINYA PERJUANGAN PAS BERKAITAN HUDUD" yang suatu ketika dahulu gah hingga sanggup meng-kufur-kan muslim/muslimah yang lain hanya kerana mereka menjadi ahli UMNO serta tidak bersetuju dengan rangka dan kerangka hudud yang dibentangkan oleh mereka.
Bingkas bangun melawan, menghina dan mencerca UMNO serta ahli-ahlinya selama ini, alih-alih mereka boleh melupakan PERJUANGAN HUDUD nya semata-mata menjaga hati RAKAN SEBANTAL nya, DAP. Inilah persoalan utama yang timbul. BUKAN MENUDING KEMBALI JARI PADA PIHAK LAIN SEBELUM MENJAWAB PERSOALAN UTAMA.
Wallahuaklam bissawab.
0 comments:
Catat Ulasan