ANWAR IBRAHIM : PERASUAH POLITIK YANG HALUS & SOFISTIKATED
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM ADALAH PERASUAH NO. 1 NEGARA? Itulah persoalan yang berlegar di minda saya. Apakan tidak, senario politik negara berubah sama sekali menjadi begitu kritikal bagi Kerajaan Barisan Nasional (BN) menangani kemaraan beliau. TSUNAMI PRU-12 masih menjadi igauan buruk dalam mimpi-mimpi para pemimpin Kerajaan Barisan Nasional yang kini diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Adakah benar beliau seorang perasuah yang berani dalam era moden?
1. ANWAR IBRAHIM MERASUAH MASYARAKAT SELAIN KAUM MELAYU DENGAN HAK KESAMA-RATAAN. KAUM LAIN YANG BERBILANG TELAH DIJANJIKAN DENGAN SUAPAN HAK KEISTIMEWAAN YANG DIPUNYAI OLEH KAUM MELAYU MELALUI PERUNDANGAN YANG SAH IAITU PERLEMBAGAAN MALAYSIA, 1957 KEPADA MEREKA INI.
2. TIDAK KIRA DALAM SOAL POLITIK, EKONOMI, PENDIDIKAN BAHKAN AGAMA TELAH DIJANJIKAN UNTUK DISUAPKAN KEPADA KAUM SELAIN MELAYU UNTUK DINIKMATI SAMA RATA SAMA ADIL, KONON-KONONNYA. DAN PERKARA INI TELAH ATAU SEDANG DILAKUKAN SECARA TERANG-TERANGAN MAHUPUN SECARA HALUS OLEH ANWAR IBRAHIM.
3. MAKA TIDAK HAIRAN KAUM-KAUM SELAIN MELAYU BEGITU GAH MEMBERIKAN SOKONGAN SAMA ADA SECARA TERANG-TERANGAN MAHUPUN SECARA DIAM.
4. MCA, GERAKAN, MIC, PPP SERTA LAIN-LAIN PARTI YANG MEWAKILI KAUM-KAUM SELAIN MELAYU YANG MENJADI KOMPONEN KEPADA BN TIDAK TERKECUALI GOYAH AKIBAT JANJI UNTUK SUAPAN INI.
5. IMPAK YANG MELANDA AKIBAT JANJI-JANJI UNTUK MEMBERIKAN HAK-KEISTIMEWAAN MELAYU KEPADA KAUM LAIN UNTUK SAMA DIKONGSI SECARA ADIL KONONNYA, MENYAKSIKAN MCA, GERAKAN, MIC, PPP SERTA PARTI-PARTI LAIN DALAM KOMPONEN BN TIBA-TIBA MENJADI BEGITU PASIF KERANA JIKA PAKATAN PEMBANGKANG MENANG, MAKA PERJUANGAN MEREKA UNTUK MEMBELA KAUM-KAUM YANG MEREKA WAKILI SUDAH COMPLETE. MISI MEREKA SUDAH ACCOMPLISHED. TIDAK PERLU MEREKA MEMINTA-MINTA KEPADA UMNO SELAKU PENERAJU KEPADA PERIKATAN BN. SEOLAH-OLAH MEREKA MENGGAMBARKAN, SIAPA PUN YANG MENANG, MEREKA TETAP "TIDAK KALAH". KERANA KAUM-KAUM MEREKA TELAH PEROLEH APA YANG SEBELUM INI MEREKA MAHUKAN.
6. UNTUK TUJUAN "MURNI" TERSEBUT, ANWAR IBRAHIM MENGIKAT 3 PARTI PEMBANGKANG UTAMA IAITU PKR, PAS DAN DAP DALAM SATU PAKATAN YANG DIPANGGIL SEBAGAI PAKATAN RAKYAT.
7. PAKATAN RAKYAT TELAH SEKALI LAGI SECARA HALUS DAN SOFISTIKATEDNYA MENJANJIKAN UNTUK MENYUAP RAKYAT JELATA TERUTAMANYA YANG BERADA DALAM KELAS PERTENGAHAN DAN BAWAH UNTUK BERJUANG SERTA MENYOKONG PERGERAKAN MEREKA.
8. KEADILAN BAGI MEREKA ADALAH SETIAP SEN YANG MEREKA PEROLEHI AKAN DIKONGSI BERSAMA TIDAK KIRA APA PUN SUMBANGAN MAHUPUN KERJA YANG DILAKUKAN OLEH PARA PENYOKONG ITU, IAITU RAKYAT. KEADILAN SEBEGINI SEOLAH-OLAH GOLONGAN KAYA SERTA MISKIN TIDAK AKAN ADA LAGI. TIDAK AKAN WUJUD SI KAYA YANG AKAN BERTAMBAH KAYA DAN SI MISKIN YANG AKAN MENJADI BERTAMBAH MISKIN. BAHKAN YANG BAKAL WUJUD HANYALAH SATU KELAS RAKYAT IAITU "MIDDLE-MALAYSIA". "RASUAH INI" SANGAT MEYAKINKAN SECARA TEORI KEPADA GOLONGAN MARHAIN. APA YANG TIDAK KELIHATAN DI SINI ADALAH PECAHAN EKONOMI YANG BERGANTUNG KEPADA PERLEMBAGAAN MALAYSIA TERUTAMANYA KEPADA KAUM MELAYU DITENGGELAMI OLEH SEBUTAN "MIDDLE". ITULAH "MIDDLE-MALAYSIA".
Namun apa yang menghairankan saya ialah, apa pula RASUAH YANG DIJANJIKAN KEPADA PAS? Hingga PAS sanggup merendah-rendahkan martabat serta maruah diri mereka dengan membelakangkan ideologi politik serta perjuangan Islam mereka yang telah berpuluh tahun dipupuk dan dijaga. Dasar-dasar PAS telah berpusing 360 darjah terutamanya berkaitan dengan agama. Mereka seolah-olah tidak kisah dengan apa juga dasar yang mereka tentang sebelum ini terkena kepada batang hidung sendiri.
Bahkan dasar-dasar PAKATAN PEMBANGKANG yang tidak seragam terutamanya kepada negeri-negeri yang mereka tawan dan perintah kini seolah-olah mewujudkan sistem AUTONOMI TERSIRAT. Masing-masing terutamanya Kelantan dan Kedah mengamalkan sistem autonomi berteraskan ideologi PAS tetapi memberikan penghormatan kepada parti pakatan lain seperti DAP dan PKR menduduki beberapa kerusi sahaja dalam Majlis Mesyuarat Negeri atau EXCO. Begitu juga Pulau Pinang dan Perak (sebelum diambil alih oleh BN), mengamalkan autonomi berteraskan ideologi DAP. Selangor merupakan kes yang unik. Kononnya sistem berteraskan keadilan samarata yang ditunjangi oleh wakil PKR sebagai Menteri Besarnya juga tenggelam dengan bayang-bayang DAP.
Jadi, jika tiada RASUAH yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim kepada PAS, adakah motif PAS dalam PAKATAN PEMBANGKANG HANYALAH "DENDAM" SEMATA-MATA? Siapa yang rugi?
0 comments:
Catat Ulasan