Isnin, 28 November 2011

Archive #5 - Facebook Pemuda Kuala Langat

Is it got something to do with State Government of Selangor GE. 13 blue-print?

by Pemuda Kuala Langat on Thursday, 7 October 2010 at 23:55

Kami baru dimaklumkan bahawa YB Ronnie Liu Tian Khiew, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan bersama teman seperjuangannya, YB Ir. Iskandar b. Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan telah membawa 12 Yang Di-Pertua Majlis-Majlis Daerah dalam negeri Selangor terbang siang tadi ke Xiamen, Fujian Cina.

Petang tadi juga, Agenda Daily telah memaklumkan kekhuatiran Baginda Sultan Selangor terhadap 'trend' politik yang mementingkan kepentingan pihak-pihak tertentu seterusnya menasihatkan para Pembesar Daerah yang mewakili Baginda supaya 'memerhatikan' serta 'tidak terlibat secara langsung' dalam percaturan politik oleh orang-orang politik.

Sumber juga memaklumkan bahawa 'pihak-pihak' yang membentuk kerajaan negeri Selangor ini telah bersedia dengan "Blue-Print" bagi menghadapi pilihanraya umum 13 yang dijangkakan tidak lama lagi.

Antara yang menjadi "main-point" bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka adalah cedokan formula di Perak (semasa mereka memerintah) iaitu memberikan pajakan tanah 999 tahun kepada 'pihak-pihak tertentu' akan diguna-pakai.

Selain itu pengurangan mahupun penghapusan sistem kuota tertentu terutama bagi milikan bumiputera juga akan menjadi 'point-point' utama dalam menjalankan gerak-kerja kepada pilihanraya umum ke-13 itu nanti.

Adakah pemergian "rombongan sambil belajar" ini akan menjadi satu "rombongan memancing dan mendoktrinisasikan" Blue-Print PRU-13 mereka kepada para Yang Di-Pertua Majlis-Majlis Daerah dalam negeri Selangor?

0 comments: