Permainan Adu-Domba Perkauman Ciptaan Pembangkang
by Pemuda Kuala Langat on Thursday, 11 November 2010 at 13:12
- Mula-mula Harakahdaily menyiarkan laporan bahawa Lee Hwa Beng (MCA) sebagai individu dalam komponen BN yang mengutuk dan menghina Islam bilamana dalam twitternya beliau menulis bahawa "mengikut ajaran Kristian, Islam adalah wajib diperangi".
- Dewan Pemuda PAS Kuala Langat (DPP Kuala Langat) kemudian dalam laman facebooknya telah menghina UMNO dengan mengatakan bahawa "UMNO adalah khinzir kerana 'takut dan berdiam diri' terhadap parti komponennya, MCA".
- Terdahulu, DPP Kuala Langat juga mengaitkan kisah katanya UMNO 'tunduk kepada Raja Porno' yang kiasnya merujuk kepada Chua Soi Lek kerana telah menjadi punca kepada Lee Hwa Beng menjadi kurang ajar. Ujarnya, sebelum ini Chua Soi Lek pernah menghina Islam sebagai "suatu agama yang tidak maju dan menyebabkan kemunduran".
- UMNO rata-rata masih berdiam diri kerana sedar ini adalah permainan adu-domba pakatan pembangkang.
- Tidak lama kemudian (kelmarin), Zahid Hamidi telah dilaporkan di dalam parlimen menyebut antara lain faktor kurangnya penyertaan bukan Melayu di dalam Angkatan Tentera Malaysia adalah "mungkin kurangnya elemen patriotisme dalam diri mereka".
- Kemudian,di dalam twitter Lim Kit Siang didapati berbunyilah para pengikut fanatik beliau mengutuk dan mengeji komponen BN terutamanya MCA kerana "bersikap separti 'anjing peliharaan' kepada UMNO dengan membiarkan sahaja 'tuannya (UMNO)' melakukan atau menghina bangsa selain dari Melayu". Perkara ini bukan baru bahkan telah kami sedari provokasi sebegini wjud dalam facebook rakan-rakan komponen yang lain contohnya facebook kepunyaan Ti Lian Ker yang saban hari menerima kutukan dari para penyokong pembangkang.
- Malangnya, tidak seperti UMNO yang sedar bahawa provokasi-provokasi oleh Melayu terutamanya dari pihak pembangkang hanyalah suatu aksi melaga-lagakan hubungan 'akrab' antara UMNO serta parti komponen yang lain, beberapa pemimpin parti komponen selain UMNO telah mula bising dan menjadikan isu yang dibawa oleh Zahid Hamidi sebagai isu yang 'teramat besar' dan bersifat rasis atau perkauman. Bahkan beberapa akhbar yang dipegang oleh parti-parti komponen ini meletakkannya sebagai isu utama dan diberitakan dalam halaman utama akhbar mereka.
- Apakah tindakan oleh pemimpin parti komponen itu boleh mengubah 'persepsi' kaum selain Melayu (yang begitu fanatik terhadap pakatan pembangkang) hingga 'terpaksa' menonjolkan diri selaku 'hero' dan bahawa mereka juga menentang tindakan segelintir pemimpin UMNO kononnya atas nama 'anti-perkauman', iaitu permainan yang sengaja dicipta oleh pakatan pembangkang?
- Pada petang nanti sekitar jam 3pm bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, kami mendapat berita bahawa PERKASA akan mengadakan satu sidang akhbar bagi menjelaskan pendirian terbaru mereka terhadap kes yang melibatkan pengetua sebuah sekolah di selatan tanahair serta kes yang melibatkan seorang bekas pegawai Biro Tata Negara (BTN) tidak lama dulu.
- Kami bimbang, Zahid Hamidi dengan isu 'kurangnya patriotisme' hanyalah menjadi 'kambing hitam' bagi mengalih perhatian atau tumpuan kepada PERKASA serta tuntutan-tuntutan yang bakal dibawa oleh mereka petang nanti.
- Apa pun, pakatan pembangkang terutamanya DAP berjaya menyerap 'permainan perkauman' terhadap parti-parti komponen BN selain UMNO dan ini perlu dipandang serius.
- Bukankah dalam PAU 2010 yang lalu, YAB Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional telah mengingatkan supaya isu 'perkauman' ini dihentikan serta-merta?
- Ini hanyalah pandangan peribadi kami.
0 comments:
Catat Ulasan