Isnin, 28 November 2011

Archive #9 - Facebook Pemuda Kuala Langat

PERNYATAAN RASMI UMNO BAHAGIAN KUALA LANGAT BERTARIKH 30HB OGOS 2010

by Pemuda Kuala Langat on Tuesday, 31 August 2010 at 01:15


السلام عليکم ورحمة الله تعالى وبرکاته

Salam Ramadhan ed mubaraq dan salam 1 Malaysia.

Berkaitan dengan edaran rakaman klips di laman youtube bertajuk "Karnival Juara Rakyat at Surau Al-Falah SKS.3gp" rujukan: http://www.youtube.com/watch?v=sOFWamqnrMU&feature=player_embedded

dan beberapa laman blogs serta facebook yang meluas ketika ini, UMNO Bahagian Kuala Langat denga ini menyatakan seperti yang berikut:-

1. Bahawa "karnival" yang dinyatakan dalam rakaman klips tersebut merupakan sebahagian dari aktiviti Karnival Juara Rakyat Sempena Bulan Kebudayaan Peringkat Parlimen Kuala Langat yang berlangsung di dalam perkarangan Sekolah Kebangsaan Sijangkang pada 9hb Mei 2010 yang lalu.

2. Bahawa karnival tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kelab-Kelab Malaysia (MAYC) Kuala Langat dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan Kuala Langat.

3. Bahawa UMNO Bahagian Kuala Langat tidak terlibat secara langsung melainkan memberikan sumbangan bagi menjayakan program tersebut di samping kehadiran Y. Bhg. Dato' Haji Sulaiman b. Karli, Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat sebagai perasmi penutup bagi karnival tersebut.

4. Setelah disiasat, pihak kami telah mendapati bahawa "surau" yang menjadi subjek kepada rakaman klips dan seterusnya tajuk berita dalam beberapa laman blogs dan facebook bukanlah surau dalam takrif yang dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dan seterusnya tidak tersenarai dalam 1,621 surau yang ditauliahkan oleh JAIS tersebut.

5. Setelah disiasat, pihak kami mendapati apa yang dinyatakan sebagai "surau" itu tidak lebih dari ruang yang lazimnya digunakan untuk bersolat atau bilik musollah oleh kakitangan serta murid-murid sekolah tersebut.

6. Ingin pihak kami tegaskan bahawa "surau" dalam erti kata surau yang dibenarkan oleh JAIS dan diguna pakai termaloginya adalah dalam pembinaan dan ini dibuktikan oleh satu majlis pecah tanah bagi pembinaan surau tersebut yang disempurnakan oleh YAD Dato' Raja Uzair b. Tengku Zainon Rashid Shah, Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Langat pada 29hb Mei 2010.

Adalah harapan kami agar perkara ini jelas dan seterusnya membersihkan salah faham atau kekeliruan yang timbul sama ada tanpa sengaja mahupun disengajakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bermaksud apa-apa mahupun berniat jahat bagi memberikan persepsi yang buruk terhadap UMNO Bahagian Kuala Langat khususnya.

Sekian, selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 tahun.

Terima kasih.


Dato' Haji Sulaiman b. Karli

Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat

***

Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat.

Pelak perasmian pecah tanah tapak pembinaan "surau" yang sebenar.

YAD Dato' Orang Besar Daerah Kuala Langat melakukan gimik pecah tanah.

Turut menyampaikan sumbangan adalah YB Adun Sijangkang (PAS).

sumbangan dari pelbagai pihak.

0 comments: