RESOLUSI 18 RAMADHAN 1431H
Baru sebentar tadi barisan jawatankusa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat berbuka puasa di Kelab Golf Seri Morib. Suasana yang damai sambil menantikan masuknya waktu maghrib dan seterusnya waktu untuk berbuka puasa, diceriakan dengan kehadiran sahabat-sahabat dari parti komponen Barisan Nasional, MCA MIC dan PPP.
Mereka turut ingin merasai bagaimana suasana majlis berbuka puasa dengan sahabat muslim mereka. Bahkan sewaktu menyampaikan ucapannya, Calvin Tew, Ketua Pemuda MCA Bahagian Kuala Langat telah berjaya memberi sedikit penerangan terutamanya kepada rakan-rakan jawatankuasanya (MCA) perkara-perkara yang dilakukan oleh muslim sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan seperti menahan lapar dan dahaga, seterusnya meningkatkan amal ibadah yang lebih tekun kepada Tuhan yang Esa.
Selesai semua jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat menunaikan solat maghrib di surau berdekatan dan sesudah menjamah hidangan berbuka puasa, maka kesemua hadirin berdiri beramai-ramai menyanyikan lagu kebangsaan "Negaraku" diikuti lagu "Jalur Gemilang" mengambil semangat kemerdekaan.
Ucapan demi ucapan seterusnya disampaikan oleh saudara Sivakumar, Ketua Pemuda PPP Kuala Langat. Diikuti oleh saudara Saravanan, Ketua Pemuda MIC Kuala Langat dan kemudiannya oleh saudara Calvin Tew Boon Chin, Ketua Pemuda MCA Kuala Langat.
Kemuncak majlis yang awalnya dipohon keberkatan oleh doa yang dibacakan oleh saudara Rosnani Ahmad, Pengerusi Biro Agama & Dakwah Islamiyyah Pemuda UMNO Kuala Langat, adalah penyampaian ucapan oleh saudara Zurihan Yusop, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat merangkap Ketua Pemuda Barisan Nasional Bahagian Kuala Langat.
Dalam menutup majlis ringkas tapi amat penuh bermakna, keseluruh hadirin dari parti-parti komponen yang ada pada malam tersebut sebulat suara untuk :-
1. Memesat serta meningkatkan kerjasama sayap Pemuda parti-parti komponen BN Bahagian Kuala Langat;
2. Menyelesaikan permasalahan tempatan dan nasional secara muafakat dalam kekeluargaan BN;
3. Meletakkan sasaran utama untuk menang kerusi-kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri bagi DUN-DUN dalam Parlimen Kuala Langat dan seterusnya memastikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor kembali diperintah oleh BN; dan
4. Mempertahankan serta meningkatkan perpaduan dan integrasi antara kaum yang kini sedikit goyah akibat perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
selagi mana ianya tidak bercanggah dengan apa-apa keputusan dari parti-parti komponen pusat serta BN Pusat.
Adapun 4 perkara di atas, mengambil berkat bulan istimewa umat Islam iaitu Ramadhan, telah dinamakan sebagai RESOLUSI 18 RAMADHAN 1431 Hijrah.
Insya-Allah.
0 comments:
Catat Ulasan