Selasa, 29 November 2011

Archive #25 - Facebook Pemuda Kuala Langat

Perbezaan Ketara Antara "Perjanjian Hudaibiyyah Serta Pakatan Rakyat" yang dibangkitkan seorang sahabat pro-PAS

by Pemuda Kuala Langat on Tuesday, 29 September 2009 at 06:50



Kronologi Peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah:-

1. Peristiwa berlaku dalam bulan Zulkaedah tahun Hijriyyah ke-6.
2. Peristiwa berlaku kerana tuntutan ibadah menunaikan Haji di kota Mekah oleh umat Islam pimpinan Baginda Rasulullah saw dan di mana kota tersebut adalah di bawah taklukan dan penguasaan kaum Quraisy yang menyembah berhala atau agama-agama lain selain Islam.
3. Peristiwa meriwayatkan berlakunya Bai'ah ar-Ridhwan di bawah sebatang pokok di Hudaibiyyah yang mana bai'ah tersebut merupakan bai'ah di kalangan Baginda Rasulullah saw sendiri bersama-sama para sahabat serta umat Islam yang dipimpin bagi memerangi kaum Quraisy, yakni kaum kafirun.
4. Peristiwa meriwayakan rundingan berlangsung antara Baginda Rasulullah saw bersama wakil Quraisy musyrikin, Suhail bin 'Amru dan antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah:-

Pertama : Berlakunya penzaliman kaum musyrikin apabila:-

(i) penggunaan ayat "bismillahirrahmanirrahim" ditukar kepada "bismika'illahim" yang disifatkan memberi keuntungan kepada kaum musyrikin.
(ii) menggugurkan perkataan Rasulullah selepas nama baginda, Muhammad bin Abdullah bagi mendustakan ke-Rasulan baginda Nabi.

Kedua : fasal atau perkara yang dipersetujui iaitu:-

(i) Kota Mekah hanya dibenarkan untuk dibuka kepada kaum Muslimin (muslimat) bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun yang berikutnya.
(ii) Hanya dibenarkan membawa senjata musafir yakni pedang & sarungnya sewaktu memasuki Kota Mekah kelak dan bersetuju bagi gencatan senjata selama tempoh 10 tahun. Diperistiwakan bahawa ini memberi keuntungan kepada Islam kerana syiar dakwahnya yang berjaya meng-Islamkan ramai kaum musyrikin termasuklah Khalid bin Al-Walid serta 'Amru bin al-'As.
(iii) Pihak-pihak dalam perjanjian iaitu kaum Muslimin (muslimat) serta kaum musyrikin dibenarkan untuk membuat sebarang perjanjian dengan sesiapa yang mendatangi mereka dan dianggap sebagai juzu' kepada mereka tetapi setiap pencerobohan juzu' tersebut hendaklah dianggap pencerobohan menyeluruh oleh penaungnya.
(iv) Dan akhir sekali (dan yang mendatangkan kontroversi sehingga Islam dilihat lemah) ialah setiap mereka yang mendatangi kaum Muslimin (muslimat) tanpa izin dari walinya hendaklah dipulangkan kepada walinya kaum musyrikin tetapi yang sebaliknya jika ada dari golongan Muslimin (muslimat) yang mendatangi kaum musyrikin, maka ianya dianggap telah dibebaskan oleh kaum Muslimin tersebut.

*****

Kronologi Pakatan Rakyat (PR)

1. Peristiwa berlaku pada tahun 1429 hijriyyah bersamaan masehi 2008
2. Peristiwa berlaku (mengikut hujah saudara) adalah bagi menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya dikepalai oleh badan eksekutif iaitu Duli Yang Mulia Di-Pertuan Agong dibantu oleh Perdana Menterinya seorang Melayu yang beragama Islam dalam konteks Kerajaan yang agama rasminya ialah agama Islam mengikut Perlembagaan Malaysia 1957.
3. Hujah saudara: "Penubuhan PR bukan kerana ukhwah atau persamaan ideologi. Jauh sama sekali. Penubuhan PR hanya utk menumbangkan BN. Sambutan rakyat nampaknya mula condong ke arah PR. Ini tidak dapat kita nafikan secara jujurnya". - Sejujurnya, adakah ini "bai'ah" memerangi Kerajaan yang dipegang oleh BN? Yang bolehlah diperangi dan bermandikan darah?
4. Rundingan telah dijalankan oleh tiga (3) parti yang berlainan ideologi iaitu PAS (mungkinkah ideologi Islam for All[?]), DAP (Malaysian Malaysia[?]) dan PKR (ideologi?). Bagaimana pula dengan kehendak masyarakat umum terutamanya bangsa Melayu agar rundingan dijalankan oleh UMNO dan PAS?

****

- Kami (Pemuda Kuala Langat dan bukannya keseluruhan UMNO) mengakui Tsunami pilihanraya yang lepas memberi kelebihan kepada PR. Dan selain daripada Kelantan, PAS telah diberi mandat untuk menerajui Kedah serta Perak sebelum Perak kembali jatuh kepada BN. Selangor telah dipegang oleh PKR manakala DAP memegang Pulau Pinang serta W.Persekutuan.

- Dan banyak peristiwa yang menunjukkan sehingga ke hari ini PAS masih gagal untuk membela agama Islam dalam kelima-lima negeri yang diperintah oleh PR melainkan akur terutamanya kepada PKR & DAP? Sebab itu kami menyatakan terdahulu bahawa PAS dayus untuk membela Islam terutamanya apabila berhadapan dengan DAP.

- Apakah perlu untuk menunggu sehingga 10 tahun sebagaimana peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah sedangkan negeri Kelantan telah diperintah oleh PAS lebih dari 10 tahun namun syiar Islam tidak berkembang sebagaimana yang dislogankan oleh mereka terdahulu seperti perlaksanaan hukum hudud (untungnya PAS kerana Kelantan mempunyai bilangan majoriti Melayu yang tinggi peratusannya dari kaum lain berbanding negeri-negeri lain). Bagaimana pula dengan soal pembangunan di negeri Kelantan?

- Apa pun, kami (Pemuda Kuala Langat) akui bangkitkan provokasi kepada sahabat-sahabat sedarah seagama untuk sama-sama bimbangkan kemungkinan-kemungkinan buruk jika perkara membiarkan bangsa serta agama kita diperlekehkan oleh mereka yang selain dari kita dan itu asal kepada pokok diskusi ini. Tiada niat untuk berkempen meng-UMNO kan saudara mahupun rakan-rakan saudara yang lain pada asalnya. Mungkin bahasa kasar kami 'dayus' mengakibatkan bangkitan amarah saudara, tetapi sudah lama juga kami menahan amarah dengan cacian serta hinaan oleh pihak PAS berbentuk kejahilan agama untuk mempelopori pentas politik di mata pihak yang kurang berpolitik serta berada di atas pagar, kerana persepsi adalah apa yang mereka lihat dewasa kini. Kami mengajak saudara sama-sama mempertahankan maruah bangsa dan agama bukan sekadar "sebok menyelak kain orang lain".

- Perkara bangsa Melayu dan agama Islam adalah agenda bersama tidak kira UMNO, PAS mahupun mereka yang tidak berparti. Tiada batasan politik di situ.

- Wassalam.

(nota: diskusi penuh terdapat dalam link wall Tuan Haji Zaiful Zaki)


0 comments: