MELAYU BODOH? UMNO PUNCANYA?
Seorang sahabat FB yang agak rapat (walaupun tidak pernah bersua muka) telah mengepos photo di sebelah di wall kami (13hb Okt 2009 sekitar jam 12 malam) dengan caption-nya berbunyi:-
"RAMAINYA ahli UMNO yang hanya sekadar jadi ahli "tukang sorak" dan "tukang kipas" tanpa memberikan sebarang idea bagaimana mahu memulih dan memajukan parti".
rujukan: http://www.facebook.com/antapanis?ref=nf
Mengambil faktor mengenali sahabat tersebut adalah seorang bekas wartawan, saya percaya terdapat satu persoalan berbentuk sinikal tetapi cukup mendalam untuk diambil berat oleh setiap ahli UMNO dalam memperkasakan serta memantapkan parti keramat UMNO itu sendiri sebagai parti utama yang mendukung pemerintahan kerajaan Malaysia selama 52 tahun.
Tetapi, itu bukan yang menarik perhatian serius saya dalam penulisan ini. Apa yang menarik perhatian saya adalah salah satu komen dari sahabat FB (bernama ABU RAHMAT rujukan: http://www.facebook.com/profile.php?id=1504339864) kepada sahabat FB saya tersebut (http://www.facebook.com/antapanis?ref=nf) yang memberikan komennya berbunyi:-
"And what are the Malays today? Are they more successful then the Chinese? No! Are their children better educated that the thousands of others that have chosen or are driven to go overseas to further their studies? No. Are the Malays positioned to take on the Chinese economically? No – not even with the Bumiputra privileges, not with the NEP not even with our so-called control of all the major economic instruments required for our success in commerce. This is because of the abuse and manipulations by UMNO of all these advantages that was to be for the Malays but instead hijacked by UMNO (some not ALL) for its own. Be honest please !"
Dan saya telah membalas komen tersebut seperti yang berikut:-
"Menuntutlah ilmu walau ke negeri Cina"
Dan saya telah menunggu sekian lama namun tiada balasan kepada komen saya tersebut oleh ABU RAHMAT.
Pokok persoalan yang menarik perhatian saya adalah LEMPARAN TUDUHAN
pertama : menggambarkan seolah-olah Melayu itu BODOH
kedua : perbandingan KEBODOHAN MELAYU adalah bangsa CINA
dan ketiga: UMNO lah punca kepada KEBODOHAN (atau kemunduran) MELAYU tersebut.
Bukanlah saya mahu membahaskan tentang kesahihan hadis "MENUNTUT ILMU WALAU KE NEGERI CINA" (oleh Abi Al 'Atikah diriwayatkan oleh Imam Al-Rabi') tersebut, tetapi marilah kita renung sebentar perbandingan MELAYU & CINA (di dalam Malaysia) dan peranan UMNO disebaliknya dalam konteks yang lebih positif serta tidak bersifat perkauman.
MARI KITA BERFIKIR !
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan