Selasa, 29 November 2011

Archive #24 - Facebook Pemuda Kuala Langat

PAS MUNAFIK?

by Pemuda Kuala Langat on Tuesday, 6 October 2009 at 15:12


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Rasanya pasti ramai sedia maklum bahawa hari ini ramai umat Islam diseluruh pelusuk Malaysia heboh mengatakan hukum-hakam mengenai BOLEH ATAU TIDAK YB. Gobalakrishnan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dalam ucapannya semasa kempen pilihanraya kecil N31 Dun Bagan Pinang. Sebelum ini perkara yang sama berlaku di Perak. Dan perkara yang hampir sama berlaku apabila bukan Islam melaungkan TAKBIR bagi mendapatkan perhatian penyokong-penyokong yang pro kepada PAKATAN RAKYAT.

Debat kecil berlaku sewaktu sahabat FB Pergerakan Pemuda Bahagian Kuantan melontarkan soalan yang sama di wall-nya pada 4hb Okt 2009 (bersamaan hari Ahad jam 12.50pm) di antara PPUBKL dengan beberapa sahabat FB yang lain termasuk Y.Bhg. Dato' Ti Lian Ker.

Apa yang cuba PPUBKL nyatakan di sini adalah isu tentang hukum-hakam penggunaan ayat suci Al-Quran oleh bukan-Islam, bukanlah satu isu yang wajar dibincangkan oleh keramaian umat Islam hingga memecah-belahkan fahaman Islam mereka. Sewajarnya perkara tersebut diletakkan kepada pihak yang berkewajiban mengeluarkan fatwa seperti Majlis Fatwa Kebangsaan dan wajib dipakai oleh seluruh umat Islam tidak kira fahaman ideologi politiknya.

Sewajaranya, kita sebagai umat Islam yang peka kepada agama itu sendiri perlu kembali ke pokok persoalan yang utama, iaitu:-

MENGAPA DIBOLEHKAN PEMBACAAN AYAT SUCI AL-QURAN OLEH BUKAN ISLAM SEKARANG? DAN MENGAPA SEWAKTU ORANG BUKAN-ISLAM YANG PRO-BARISAN NASIONAL MEMBACANYA ADALAH DIHARAMKAN?

Y.Bhg. Dato' Ti Lian Ker di dalam FB-nya hari ini (sekitar jam 12 tengahari yang lalu) telah mengepos satu nota sebagai yang berikut:-

''Non-Muslim can recite Quranic verses'' NST reported PAS vice-president said ''In fact, by using such verses, Non-Muslims would be able to gain a better understanding of Islam.'' I remembered when PAS vice-chairman stopped me from mentioning the word 'syurga' and 'neraka' in the Dewan Negeri as it was deem sensitive.....PAS RULES! When it comes to religion?"

Dimaklumkan bahawa sewaktu beliau memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan sedang berhujah di dalam Dewan Negeri, apabila beliau menyebut perkara mengenai SYURGA & NERAKA (bukan pun menyebut atau membaca ayat Al-Quran yang suci) beliau telah ditegah dan dihalang untuk membicarakan hal-hal syurga & neraka kerana amat sensitif dengan umat Islam oleh Timb. Pesuruhjaya PAS Pahang (ketika itu) iaitu YB.Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Terus-terang pada hari ini kita telah dibentangkan dengan satu PENIPUAN oleh para pemimpin PAS yang mempermain-mainkan hukum-hakam agama demi kepentingan politik serta peribadi mereka. Penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh bukan-Islam menjadi mainan politik kepada umat Islam yang agak kurang pengetahuan agamanya dan kesempatan ini dimonopoli oleh para pemimpin PAS yang sanggup menggunakan pendekatan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA demi tujuan politik serta peribadi mereka. Sejujurnya kami kasihan kepada umat Islam yang menerima bulat-bulat apa sahaja yang dinyatakan oleh para pemimpin PAS tersebut demi meraih sokongan dan undi kepada mereka.

Amat mudah PAS mempengaruhi mereka yang kurang asas dan pendidikan terhadap Islam dan ini menjadikan PERSEPSI bahawa UMNO itu jahil manakala mereka mengetahui segala-galanya tentang Islam sebagai senjata utama. Apakan tidak, jika ditanya rakyat umum siapa lebih Islam PAS atau UMNO secara otomatis mereka akan cenderung untuk mengatakan, PAS.

Jikalau ini berlaku (membenarkan bukan-Islam menggunakan ayat-ayat Al-Quran sewaktu berkempen sebagai halal tetapi bukan sekutu BN dan; komplot PAKATAN BN SEBAGAI PAKATAN KAFIR manakala PAKATAN RAKYAT ADALAH HALAL), maka sesungguhnya kami merasakan simpati yang teramat sangat dengan umat Islam Malaysia tersebut yang juga jahil sebagaimana UMNO dilabelkan jahil oleh pengikut-pengikut PAS.

Itulah persepsinya.

Wallahuaklambissawab.


0 comments: