Isnin, 28 November 2011

Archvie #3 - Facebook Pemuda Kuala Langat

AL-'ASR & UMNO

by Pemuda Kuala Langat on Sunday, 24 October 2010 at 04:21

Kita telah diperingatkan bahawa di dunia ini 'perkara' yang paling berharga adalah masa.

Allahu-rabbul-jalil telah mengkhususkan satu surah berkaitan masa. Seringkali kita terfikir untuk mengundurkan masa bilamana sesuatu perkara yang buruk telah menimpa diri. Namun, harga masa itu sungguh mahal hingga tidak mampu untuk kita membelinya kembali. Apa yang mampu kita lakukan adalah 'melipatnya' dan menyimpan dalam catatan sejarah kita. Bagi yang beringat, kita tidak mahu melakukannya semula. Namun ramai juga yang mengulangi kesilapan yang sama.

Presiden UMNO, Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi komitmennya yang mahu melihat transformasi dalam lanskap politik negara terutamanya UMNO, di dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-61 lewat petang kelmarin. Penyampaian dalam bahasa dan gayanya yang tersendiri cukup untuk 'menggetarkan' ahli-ahlinya agar komited untuk berubah.

Berubah atau diubah? Begitulah kurang atau lebihnya bunyi seruan yang mahu disampaikan oleh Y.A.B. Presiden tersebut, mengikut tafsiran dan pemikiran muda kami. Perubahan yang mahu dibawa oleh Presiden kita adalah berdasarkan 'petunjuk' yang diberikan oleh rakyat pada pilihanraya ke-12 yang lalu.

Sayugia dipertontonkan kepada kita usaha demi usaha berterusan Y.A.B. Presiden, bagi menarik semula sokongan dan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional amnya dan UMNO khususnya.

Persoalannya, mahukah ahli-ahli UMNO berubah?

Hanyasanya, manusia secara fikrah akan berubah dengan sesungguh hati dan perasaan, bilamana disertakan dengan kekesalan dan keinsafan.

Marilah kita renungi sebuah hadis ...

Daripada Syaddad bin Aus r.a, daripada Nabi Muhammad s.a.w berkata:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، اغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

terjemahan:

Ya Allah Engkau Tuhanku, tidak ada tuhan selain Engkau , Engkaulah yang menjadikan aku , dan aku adalah hamba-Mu, aku akan selalu menepati janji-Mu sekemampuan-Ku, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat yang telah Engkau berikan. Aku kembali kepada-Mu dengan dosa, maka ampunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampunkan dosa kecuali Engkau.

***

Wahai ahli-ahli UMNO yang kami kasihi, marilah kita BERTAUBAT, BERISTIGHFAR dan BERIKRAR untuk kembali kepada-Nya, dan kesal atas apa yang dimurkai-Nya.

Kembalilah kita memasang niat, dan menanam azam untuk meletakkan asas perjuangan kita kepada-Nya. Nekad berjuang demi membela kesucian agama Islam, bagi memperjuangkan nasib bangsa kita, dan seterusnya mempertahankan negara kita yang merdeka dan berdaulah.

Marilah kita bertaubat, agar perjuangan kita penuh dengan keikhlasan, agar perjuangan kita diberkati dan dirahmati-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Pendengar dan Maha Penyayang.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran".

***

La ilaha illa anta, Subhanaka, Inni kuntu minaz-zalimin

.. mudah-mudahan perjuangan kita dipermudahkan.

0 comments: