hal ehwal semasa secara sepintas
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. 1MALAYSIA!
Sepanjang tempoh seminggu, PPUBKL melihat perkembangan yang kurang sehat dalam senario politik Negara. Namun pendedahan demi pendedahan yang menelanjangkan corak politik Negara (tidak kira parti UMNO, MCA, PAS dan sebagainya) sebenarnya adalah satu proses "pembersihan" bagi memperkuatkan parti itu sendiri serta sistem berpolitik Negara secara amnya.
Kematangan PAS dalam menerima sistem keterbukaan sedikit sebanyak menyedarkan ahli-ahlinya bahawa PAS itu tidak lebih dari sebuah parti politik walaupun kononnya siasah yang dijalankan adalah syirroh serta syiar Islam. Pendedahan kepada bai'ah taklik cerai dalam sistem berpolitiknya agak mengejutkan Negara. Namun sesuatu harus diambil tindakan sama ada oleh PAS itu sendiri mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengelakkan kekusutan fikiran tentang hukum-hakam agama Islam atas faktor sensitiviti. Seminar PAS tidak lebih hanyalah suatu "Post-mortem" yang hanya merungkai faktor serta fakta. Hakikat arah tuju DAN perubahan yang hendak dibawa oleh PAS masih kabur kerana tiadanya ketetapan yang dilakukan.
Permasalahan pucuk pimpinan tertinggi MCA juga menyebabkan pergerakan BN agak pincang. Perbincangan demi perbincangan peringkat tertinggi tidak membawa apa-apa makna kerana kuasa luar yang begitu kuat menolak kepimpinan sedia ada. Pelan damai tidak membawa makna. Pertembungan kehendak pucuk pimpinan dengan mempertahankan diri serta serangan hebat kuasa luar yang mahukan perubahan drastik adalah suatu dead-lock yang sukar diselesaikan secara segera.
PKR yang "diam-diam kucing" sebenarnya juga mengalami permasalahan dalaman yang agak kronik. Pertentangan pendapat antara pucuk pimpinan tertingginya DENGAN kehendak kumpulan yang dikenali sebagai AAA atau 3A menimbulkan keraguan yang tinggi terhadap ahli-ahli peringkat akar umbinya. Jika dahulu slogan mereka"UMNO/BN sudah tidak relevan" dikhuatiri slogan itu memakan diri PKR kembali. Di samping itu, kerisauan terhadap tandusnya bakat pemimpin PKR setelah DSAI meletakkan parti itu dalam keadaan yang kurang disenangi oleh ahli-ahlinya sendiri. Tidak mengambil iktibar dari masalah "kekurangan pemimpin", pemimpin yang sedia ada sebenarnya telah melakukan satu "sekatan" atau lebih dikenali sebagai "cah keting" bagi menaikkan pemimpin-pemimpin mereka yang lain.
UMNO sendiri yang baru disuntik dengan semangat kemenangan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang sebenarnya masih bekerja keras untuk membuang atau mengikis PERSEPSI NEGATIF umum terutamanya berkaitan soal rasuah dan integriti menjadi rakan atau penyelamat kepada rakyat. Tidak hairan berbagai formula dilakukan oleh YAB Presiden merangkap PM Malaysia demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO khususnya dan BN secara amnya.
MIC duduk senyap-senyap memerhatikan politik semasa walaupun mereka sendiri mengalami permasalahan relevansi kepimpinan sedia ada.
DAP? Anda fikirkanlah sendiri.
Wallahuaklambissawab.
0 comments:
Catat Ulasan